Beberapa bulan yang lepas, saya pergi bercuti di Seoul, Korea Selatan. Oleh itu, saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana.
KOREA SELATAN
Waktu ideal untuk ke sana ialah pada musim luruh (September-November) kerana cuaca di sana panas yang nyaman dan pemandangannya cukup cantik. Kebanyakan pelancong luar datang ke sana pada musim ini. Waktu musim sejuk pula, cuaca sejuk dan kering dan best kalau kita suka permainan musim sejuk seperti ski sebab ada banyak ski resort di sana. Musim bunga juga (April-May) menarik dengan pemandangan yang cantik.
Matawang di sana ialah Korean Won. Kalau tak silap saya, hingga sekarang matawang kita RM2.90 hingga RM3.30 untuk setiap 1000 won. Barang-barang di sana agak mahal untuk dibandingkan dengan di Malaysia. Jadi, nasihat saya pandai-pandailah berjimat. Beli apa yang patut sahaja seperti, barang yang tidak dijual di Malaysia.
Kebanyakan pelancong yang datang ke Korea Selatan, boleh dikatakan kerana pengaruh drama-drama mereka dan pengaruh muzik kpop. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya bukan peminat drama atau muzik korea sekalipun, kita akan tetap suka dengan pemandangan di sana (especially if you are a photographer... or simply an instagrammer) Saya sendiri cukup tertarik dengan pemandangan alam semulajadi, istana-istana lama, tempat-tempat bersejarah dan bangunan mereka. Selain itu, Korea Selatan juga cukup terkenal dengan barangan kosmetik mereka. Sebut sahaja kedai seperti Nature Rebuplic, Food Skin, The Face Shop, The Body Shop, semuanya berasal dari sana dan kalau dibandingkan harga, ada yang 2-3 kali lebih murah berbanding di Malaysia.
Menariknya sepanjang berada di sana, kita boleh experience untuk hidup seperti orang local. *especially kalau kita pergi backpacker dan bukan dengan agensi. Sebab kemudahan tren yang disediakan sahaja sudah mencukupi untuk kita pergi ke setiap sudut bandaraya Seoul. No wonder lah kurang traffic jammed di sana kerana kemudahan trennya tip top.
Hari Pertama (Incheon, Hongdae, Itaewon, Namsan, Myeongdong)
---LCCT---
---Incheon Airport---
Incheon International Airport ini antara lapangan terbang terbesar di dunia. Sampaikan, perlu guna tren untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan lapangan terbang tu.
---Mr. Kim's Friends Guest House---
Inilah tempat tinggal sepanjang kami berada di Seoul. Oleh kerana inginkan life seperti ala-ala orang Korea, kami memilih untuk tinggal di Guest House ini (homestay). Rumah ini disewakan kepada pelancong antarabangsa. Lengkap dengan televisyen, internet, memang terasa seperti tinggal di rumah sendiri.
Mr. Kim's Friend Guest House ini terletak di Hongdae, kawasan yang dipenuhi dengan golongan belia kerana di sini juga terletak sebuah universiti dan juga terletaknya cafe dalam drama Coffee Prince, Hello Kitty Cafe dan Trick Eye Museum.
---Seoul Central Mosque---
Masjid ini terletak di Itaewon. Kawasan Itaewon ini sememangnya terkenal kerana dipenuhi dengan pelancong antarabangsa. Tiada masalah untuk mencari kedai makanan halal kerana di kawasan inilah terdapat banyak kedai makanan halal termasuk daripada Indonesia, Turki, Indonesia mahupun Korea sendiri
---Namsan Tower---
Tempat ini juga menjadi satu kemestian apabila sampai ke Seoul. Padlock Bridge pula merupakan tempat kekasih ataupun pelancong meninggalkan jejak mereka di sana dengan mengunci padlock mereka di tempat yang disediakan.
---Teddy Bear Museum---
Di Namsan Tower ini juga terdapatnya Teddy Bear Museum dimana teddy bear ini dipakaikan pakaian tradisional Korea dan menunjukkan sejarah negara tersebut dan kehidupan tradisional di sana.
---Myeongdong---
Myeongdong merupakan syurga beli belah di Seoul. Kalau di Kuala Lumpur, ala-ala Bukit Bintang. Juga satu tempat kemestian bila sampai di Seoul.
To be continued....




















salam. seronoknya dapat pegi Korea!
ReplyDeletenak tanya lah. korang pergi dari satu tempat ke satu tenmpat tu pakai transport apa eh?
ReplyDeleteChacha Majid, kitorang guna tren je.. sistem tren kat sana memang lengkap, selamat, mudah.. kiranya senang la.. tak perlu guna teksi, bas tu smua pn kira takpe..
ReplyDeleteassalam.. kat sana baby friendly tak... nak bawa anak umur setahun. kalau bawa stroller ok ke ek.... thank you
ReplyDeleteSalam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera
ReplyDeletewhatsapp : 0175367426 insyirah
emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
instagram : melancong_murah_baloi