Thursday, 20 March 2014

Travelog : Seoul, Korea Selatan (Part 5)


Hari Kelima

---Balik Malaysia---

PENGALAMAN
Walaupun hanya 5 hari 4 malam di sana, pengalaman di negara orang memang best. Macam-macam saya dapat belajar dan macam-macam juga dapat dibeli. hehe.. 

Mengenai orang Korea, ada satu perspektif yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Saya tak rasa sebegitu sebab, apabila sesat dan bertanyakan jalan kepada mereka, mereka boleh membalas dengan fasih (mungkin kerana kami tinggal di kawasan pelajar universiti) walaubagaimanapun, penjual juga yang rata-ratanya berumur 40-50an juga boleh berbahasa Inggeris. Jadi, tak jadi masalah sekiranya ingin berkomunikasi dengan mereka kerana mereka boleh berbahasa Inggeris.




Cuma, mungkin mereka masyarakat negara moden yang terlalu taksub dengan teknologi, boleh nampak mereka selalu memandang telefon dan gadget masing-masing. Tak kiralah sama ada dalam tren ataupun di mana sahaja, mereka pasti mendengar lagu, menonton video di gadget mereka. Itulah, mungkin mereka terlalu maju?



Apa-apa pun, bila dah ke sana, pasti rasa seperti nak pergi lagi. Tempatnya menarik, keselamatannya meyakinkan dan pergerakan di sana cukup mudah, hanya dengan tren.


Harga barang di sana sememangnya mahal, tetapi apabila bercuti kita harus bijak membeli barang yang tiada di negara kita. Lebih baik membeli barang yang dihasilkan di sana kerana ianya berganda-ganda lebih murah berbanding yang diimport di Malaysia. Lagi satu perkara yang saya rasa agak pelik tetapi menarik ialah, kebanyakan model bagi produk kecantikan di sana ialah lelaki dan bukannya perempuan! Like whatt??


Justeru, sekiranya ada yang ingin ke sana, bolehlah belajar dan dapat sedikit sebanyak imput daripada entri saya ini. Di sini juga saya sediakan contact information kepada sesiapa yang ingin backpacker ke sana dengan harga yang murah, mudah dan selamat. Klik di sini.

Sekian, wassalam...
-F.A.R-

Tamat...



About Farid

Pellentesque penatibus, sed rutrum viverra quisque pede, mauris commodo sodales enim porttitor. Magna convallis mi mollis, neque nostra mi vel volutpat lacinia, vitae blandit est, bibendum vel ut. Congue ultricies, libero velit amet magna erat. Orci in, eleifend venenatis lacus.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Seronok dapat pergi ke negara org. dpt thu cara diorg kerja, bljr n sbgainya.
    Valuable experience

    ReplyDelete

Thanks for your comment ;)